Assalamualikum warah matullah Hiwabarakatu.

"Terima Kasih kerana sudi hadir pada page yang tidak seberapa ini.HArap-harap Anda Semua yang dah terlanjur Click pada Page ini Sila Lah Follow Blog ini untuk tip2 dan SEdikit Singkapan Dari Isu semasa ke semasa"
Terima Kasih bagi yang Dah Follow,Alu- aluan Bagi yang belum follow
oK!..BERSAMA ABANG BRO ,yang,Tidak
Secantik Madu,Tidak Semanis Rupa.=).///


✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿
❤••❤Lihat Di langit, tanya awan, Siapa pencipta Kita❤••❤

Assalamualaikum Semua =)

Tuesday, July 12, 2011

[video] Hayati Video ini,Kita sebenarnye lagi hina daripada dia.Sebab ada akal tak boleh pikir



Ini Lah Sebenar2 ummat,Yang Memiliki Seribu satu Rahsia.ABg Bro memang Respect Sangat2 kat die ni..Insaflah..

Saturday, July 9, 2011

[Video Bersih 2.0] Mengotorkan Negara??


Laungan ALLAH HUAKHBAR??untuk apa?Cuba Perhatikan Yang Pelaung itu.Tak Menciri-cirikan Pejuangan Islam.Laungan Semata-mata untuk Menarik PErhatian Pengikutnya.




nI kononnye Lagu Untuk Pengikut Bersih.Talking about FreeDOm man??
U ar Unconciosness Man..We Hve Live in freedom About 54years.
Jangan Sempitkan Ota Awk Semua.Nak Bersaing Harus USaha Bukan Menentang Arus.Ish3..
Bagus Yg Berhimpun ni Tangkapkan Hantar Ke Negara SUsah Macam Palestin Ke,Gaza Ke..BAru Die Tahu...HUH!>.<

BOIKOT BERSIH 2.0

Thursday, July 7, 2011

Apa itu iluminati ??




Assalamulaikum semua,Hari ini kita akan Tahu apa itu dan siapa Ahli2 iluminati ni atau dalam bahasa jawanya,FREEMASON.

Konspirasi Illuminati untuk memuja Iblis



Illuminati adalah suatu pertubuhan rahsia yang terdiri dari beberapa pertubuhan besar seperti Freemasons, Skull and Bones, Bohemian Grove , dan beberapa lagi. Seperti Skull and Bones, hanya orang-orang terpilih untuk menyertai mereka dan biasanya adalah golongan-golongan elite yang akan menjadi golongan pemimpin suatu masa nanti. Skull and Bones berpusat di Universiti Yale , Amerika Syarikat dan di situlah dulu tempat keturunan Presiden Bush sekarang menuntut. Dia , ayahnya hinggakan kepada datuknya adalah bekas pelajar di situ dan kesemua mereka menjadi ahli Skull and Bones.



Pertubuhan-pertubuhan ini menjadikan kemewahan, kemashyuran, kekuasaan dan sebagainya kepada ahli-ahlinya. Dan oleh sebab itu lah ramai dari mereka yang mewah, mahsyur dan memegang kuasa dunia sekarang terutamanya dalam kerajaan Amerika Syarikat. Konsepnya sama apabila seseorang itu membela jin, maka jin itu akan memberi kemewahan, kemahsyuran dan kuasa padanya dan akhirnya dia terus sesat dengan jin tersebut. Dan jangan terkejut, itu lah konsep yang berlaku kepada kuasa-kuasa besar dunia dari dulu hingga sekarang, pengaruh iblis dan syaitan dari golongan jin amat banyak terhadap mereka. Dan ramai juga ahli-ahli ilmuwan yang memiliki kelulusan tinggi termasuk PhD yang menjadi ahli mereka dan menjalankan aktiviti pemujaan syaitan.


kartun HE MAN

Gerakan mereka betul2 secara halus dan teliti, dan kadang2 diselitkan dalam cerita2 kartun untuk kanak2. Saya mahu berikan contoh satu cerita kartun di televisyen yang sudah lama dulu pernah disiarkan tetapi kini disiarkan kembali. Kartun tu ialah ‘He Man, Masters of The universe‘. Saya tidak pasti sama ada itu pengaruh dari illuminati atau tidak, cuma saya mahu kita berhati2 dengan cerita kartun sebegitu yang boleh mempengaruhi minda anak2. Jika anda perhatikan, He Man sememangnya melawan penjahat berwajah tengkorak yang digelar Skeletor. Nampak bagus kan? Tetapi sedarkah kita ketika dia mahu mendapatkan kuasanya itu? He man menyeru “By the power of Greyskull, I AM HE MAN!!!!!! “. Aaa itu lah dialog oleh si He Man tu. Yang jika anda terjemahkan ke bahasa Melayu bermakna , “Dengan kuasa Tengkorak Kelabu, AKU LAH HE MAN!!!”


Nampak di situ He Man menyeru kuasa dari Tengkorak Kelabu, ntah JIN mana lah yang diserunya tu, ih ih ih. Dan begitulah dengan cerita kartun2 lain, waspadalah dan beritahulah anak2 atau adik2 kita tentang bahaya pengaruh di sebaliknya. Kerana konspirasi terbesar dunia menumpukan sasarannya kepada semua golongan termasuklah kanak2 yang masih mudah dilenturkan dan dididik..

video cut dari lagu lady gaga,
Siapa Agaknya ek Ahli-ahli Freemason ni??Rasa-rasanya siapa?Nak tahu Klik Sini

[pANAs]Ahli Mason-mason yang FEMES



MaSOnic ParTicIpate.HAHAHAHA...Klik Tajuk ini."APA itu iluminati??"
justin biber

JAY

All Seeing Eye Band

LAdy Gugop.

Raihana and Jay

Jay And His Friend.I dont Hes Name.Shi*

Simbol ape tu dier wat??Same Macam Gambar Bawah ni

Ni Nama Dier Bophet Atau LuCifer

NUh HUjan???

Masonic Temple at mExico.Lantai Hitam Putih tu ada makna Tersirat.Iaitu,Warna putih alam manusia dan warna hitam alam ghaib .Dimana membawa maksud pertembungan 2Alam Semasa Upacara Penyembahan.

haaa...Ni Sapa Tak kenal kan?Siapa Nama Dia?Teka2..haaaa..BEtulYes...
LAKhnaTULLah BUSH KedeBUSH..ni la kepala Dalang Semua..

P/s :Jadi Korunk semua da kenalkan Sebahagian Daripada Mason-mason ni kn?Jadi kalau Nampak Dieorang jgn Dekat oK.!..Lari men JAuh2..tw..Bahaya Nih..

Wednesday, July 6, 2011

[tak logik]Bila Tiada Pegangan agama yang betul. Haaa,Ni la Jawab Dia.

Anak sapa lah ini ek?YaAllah Ya Rabbi.Nak Khawin pun
Kahwin la betol2..ni tidak,Adoyai,LU,PIKIRLA,SENDIRI,MAMAT>




vampire theme wedding

ni lagi sekor gila tak tentu pasal nak kahwin dengan patung seks dier..ish3..

Nak kata bodoh,muke mcam pandai.tapi kkahwin dengan anjing jiran.aduyai.

ni gila ke sawan?ada ke nak kahwin dengan aifle tower.ngok.

pompuan lagi?ish..ni takat frust dgn kaum lelaki la ni..ish3.

P/s : Kita yang umat islam ni ,jangan la tiru aksi2 mereka yg tk ikhlas tuh..Supportislam!

ForeX Trading..Memang Best..

Assalamualikum semua!..haha..Hari ini abg BRo Rasa Macam BEst sgt..Bertuah Allah Bagi Rezeki Lebih..huhu..Apa yang Rezeki tu?haaaa...hehe..Abg BRo Main Forex Trading.Alla3 Saham Busra Malaysia..hehe..Tapi,Ni Berkaitan dengan mata wang dunia...HAri ini jek Abg Bro Untung USD205..satu hari USD200 pun da cukup sangat2..hehe..


  

  Dengan Bermodal kan Sebanyak USD5000 ,Sekarang Da capai USD10,205.Alhamdulillah..Boleh Beli kereta ni..hehe..Nak Beli Kereta Apa Ek??..huhu..Tolong3!..kereta apa yang Best,Laju dan Save Minyak!..tolong!..huhu..

Tuesday, July 5, 2011

[Gambaran] Yakjud MAkjud



Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.



  Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:


   Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-


    Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,


     Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.
Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)..

[Fail]Ditelan Pasir jerlus.hish3.?







Remaja ditelan lubang pasir






JAMES bernafas melalui tiub oksigen ketika dia sedang diselamatkan dari lubang pasir di sebuah pantai di Pulau Rhode, Amerika Syarikat.




PERCUTIAN sebuah keluarga di pantai Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS) bertukar menjadi mimpi ngeri apabila salah seorang daripada anggota keluarga itu terperangkap dalam lubang pasir.Menurut sebuah akhbar semalam, salah seorang anggota keluarga itu, James Boydden, 17, menggali pasir di pantai tanpa menyedari ada rongga lubang sebelum dia disedut sedalam 2.44 meter.Adiknya, Andrew  bapanya, Ken, yang menyedari kejadian itu segera membantu James yang semakin tenggelam ke dalam lubang tersebut tetapi gagal untuk mengeluarkan.Bapanya menggali lubang itu selepas tubuh James disedut dan berjaya menemui kepalanya yang sudah ditimbus.Kepala James kemudian dibersihkan oleh bapanya daripada pasir tetapi tubuh remaja itu masih tertimbus.Lebih 100 anggota bomba dan petugas kecemasan bergegas menyelamatkan remaja itu yang terperangkap selama dua jam dalam lubang pasir.
Menceritakan pengalamannya, James berkata: "Ia bukan seperti konkrit. Saya tak boleh berdiri dan melakukan banyak pergerakan. Pasir memasuki mulut dan paru-paru saya. Karbon dioksida mula meracuni saya."
Remaja itu bernafas dengan menggunakan tiub oksigen semasa kakitangan bomba melakukan usaha untuk menyelamatkannya. Selepas dikeluarkan, James dibawa ke sebuah hospital kerana mengalami hipotermia.





 

Monday, July 4, 2011

maksiat bagaikan Syurga ??

photo

Assalamulaikum pembuka bicara,
manisnya mulut bila berbicara,
melakukan maksiat pekara biasa,
dosa tuh syurga naraka tuh Tempatnya.


Wah,Kemain lagi Abg Bro Berpantun2 pulak Kali ni.huhuh...haaaa..Kali ini abg Bro nak Post tentang Maksiat yang makin berleluasa,Makin Ditegur makin DibuatNYA.MasyaAllah.apakitanakkata agaknya Bila Mati tak sempat nak Bertaubat akan dosa2nya.hmmmmmmmmm....


SubHanAllah,Manisnya Maksiat Bagi dia.Syurga didepan mata bila melakukan dosa.Ok..Mari kita singkap Isu2 yang semakin membara dikaca tV mahupun Dimedia Massa."Lari ikut Lelaki,Mengandung anak 3bulan"."Hilang Pertimbangan Membuang  bayi Didalam sampah".
Apa kEjadahnya Semua ni?Sapa Yang Harus Dipersalahkan>??MAK BAPAK?NENEK KORANK??taK!!..Diri Sendiri yang harus dipersalahkan..

     

     

    Mana ada Iblis nak Menghasut Sianak tetapi Mak dia yang Dibisik.mana Ada..Kalau Iblis tu nak Hasut orang supaya melakukan maksiat.Sudah tentu Iblis tu akan Menghasut siEMPUNYA badan tu kan?SO??apakitanakkata??Salah kan Diri Sendiri..Sebab Hati sendiri tak kuat menangkis segala hasutan maksiat..ish3..Tu bagi perempuan.YAng Jantanya Nya Pulak.Merempit tak tentu pasal kat jalan Raya,Wat aksi2 Lagak nGeri la konon nya..Ingat dah Kuat sangat apa??apa yang Didapat kalau buat macam tu?Menyusahkan Orang lain adalah.Kalau lah JAtuh Masa wat macam tu,Cacat seumur hidup lah Jawabnya..Tu kira OK lah.Kalau Mati tak sempat nak Taubat nak oi..hmmmmmmmm.Berfikir la Sebelum terkena ..


       Wahai wanita2 akhir zaman,Jaga lah Maruah diri dan keluarga.Penat ayah mak Cari Duit MEnyara anda semua.KEsian IBu Menyusukan 2 tahun dengan harapan berkat susu ibu ,anak itu akan membalas jasa Ayah Mak.hmmmmmmm...Penat mereka besarkan kita semua,Berjuta2 wang habis untuk membesarkan kita.Cuba lah Kira sendiri.Beli pakaian sahaja.Setiap Tahun Baju Raya dan baju jalan serta baju harian BErjumlah RM1000.00.Kalau Umur kita dah jejak 18 tahun..Bermakna RM18,000 ringgit untuk kita seorang.Belum masuk,Pampers mase kecik2,SuSU,UBat,Yuran sekolah,macam2 lagi.tak ternilai jika dibandingkan dengan apa yang kita lakukan untuk Si Ayah Dan IBu.Tak perlu nak balas dengan wang ringgit.Cuma,yang mereka nak,Kasih sayang anak..Doa anak2..Menjaga maruah diri dan keluarga..dan SeCubit Senyuman Ikhlas sahaja.Tak banyak kan??..
    Taubat lah wahai sahabat,,Jika hari ni Kita HERO,Esok Kita Mati,Kita ZERO..no one will respect u and remember u..Cuba bayangkan Kita tak Sempat taubat..
    mati dalam keadaan sujud,kepala putus.mat rempit oH! mat rempit

    maut ketika berluma haram.

    tersasar kita berlumba haram,mati berdiri.
    Ni lah Hero2 malaya yang dibangga banggakan.INnaliLLah.Tak sempat nak taubat dah mati dalam keadaan mengaibkan.Rasa-rasanya sekarang ditengah buat apa ek kat kubur tu??..Ada ke sinar cahaya menerangi kubur mereka ni.hmmmmmmmm...

    Jadi Sama2 lah kita taubat dan mengingati sesama insan.
    p/s:Siapa yang nak join kontest wat banner abg bro sila Click sini OK!.

    Sunday, July 3, 2011

    Kenapa Perempuan Ramai Yang Tk suka Pakai Tudung??



    Assalamualaikum semua Pembaca Blog Abg Bro ni.Harap Semua Sihat Hari ni dan seterusnya.Entry kali ini AB nak Cite sikit pasal Perempuan Si pEncuri.

    KEnapa Perempuan2 Diluar sana Tak suka Sangat Pakai tudung??Kenapa Ek?ada Idea tak?..Bagi AB,Perempuan Yang tak Pakai tudung ni Degelar sebagai PENCURI TEGAR.haaa..KEnapa agaknye?Bila Laki2 Tengok,Gugur iman Si laki2, Kecian Laki2..ish3.dalam Tak Sedar Si Perempuan Tersebut Telah MenCURI Iman Si laki2 itu.MAsyaAllah....
    
    ni Gambar Menganjing namanya.Patuh yang tengah tuh ngat da Seksi dah Lawa la tuh,Ish3.Cuba bayangkan Kalau Dier tutup aurat pakai tudung semua,MEsti Cantikkan???Patuh lagi,Yang pakai tudung tuh tunjuk Muka Nak Mintak SEPAK agaknya.ish3..MAsyaAllah..
    
     Susah Sangat ke Pakai Tudung??..Jom Kita Try tanya kenapa Mereka tak suka pakai tudung.

    Awak,Kenapa awak dedahkan rambut pada Laki2 bukan Muhrim?kenapa tak pakai tudung?

    Antara jawapan2 mereka  
    1. panas lah kalau pakai tudung,
    2. Rambut saya BAsah ,nanti Rambut saya Berkelimumur.
    3. Susah la nak pakai,LECEH!.
    4. Pin hilang lah ..aduyai.
    5. Tudung Basuh laa ,macam mana nak pakai.
    6. Tak Nampak La Rambut i Yang Baru Rebond ni .
    7. I Bru jek Highlight rambut ni,nak Tayang kat member2 i nanti,Dieorang jek nmpk cantik,saya nak Juga.
    8. saya bukan taknak pakai tudung,tapi muka saya tak nampak cun la kalau pakai tudung.sesetengah orang kelihatan cantik kalau pakai tudung.tapi muka saya Terlalu bulat dan Dahi Luas.
    9. Lu ape Pasal?Lu nak Carik Pasal Apa?
    10. MAK gua tak Marah2,Lu plak LEbeh2..PiRAmABOK!..
    11. belum sampai seru la BAng.

    Kalau Dari Awal Kita tak Dapat Nak Didik Diri Sendiri Untuk Jadi Lebih Baik,Macam Mana Awak Semua ni Nak Didik Adik beradik atau Anak Awak Sendiri nanti??SUbhanAllah.AB rasa jawapan2 mereka Diatas tadi tu cuma alsan semata2 Untuk Menayang Aurat mereka padahal Aurat Wanita ini Lebih Berharga Daripada Harga Sekilo BElian dan Bukan Boleh Ditayang Sesuka Hati.APA KESAN BAGI MEREKA YANG BUKAN BERTUDUNG?

    Kesan-kesan bagi yang tidak bertudung     
    1. Akan Diganggu oleh Si Laki JahanaM!
    2. Akan dinGorat oleh orang jalanan Yang tiada Pedoman.
    3. Mereka akan Dipanggil BohSia Bagi Yang Mewarnakan Rambut.(walaupun Mereka Bukan Seperti itu).
    4. Hidup akan Selalu Kusut dan Tidak Teratur serta banyak Masaalah akan Timbul.
    5. Mereka akan Disimbah Asid.(kalau KAt KL lah..haha..dah kena simbah Asid Baru nak Bertudung.).
    6. Rambut Cepat kering dan Kelimumur Jika Tidak Dijaga Sekali pun.
    7. Kos Sara RAMBUT akan Naik ,(REBond setiap Bulan,Warnakan Setiap bulan,Nak Kene Beli Pencuci Rambut KHas.)
    8. Bagi yang tak pakai tudung tu , NAmpak Buruk Diluar sebenarnya.
    Awak Semua,AB nak Seru Bagi Wanita-wanita diluar sana Supaya Tutup La Aurat,Jaga Lah Adap,Supaya Allah Memberkati Kehidupan Kita ini.sedangkan Perempuan Lebih Senang Untuk Check in Ke SYurga BErbanding Lelaki.Namun ,Anda Semua Mensia-siakan Peluang Tersebut.Ish3...AB sungguh Tenang Hati  Bila Tengok 3 orang Artis2 ni..
    
    Wardina
    
    Heliza Akademi fantasia


    wahidah Wasinni.


    hanya menampakkan Mata Sahaja kita boleh Nampak KEcantikkan Luaran dan Dalamannya kn??

    Rasa Macam Sejuk jek bila tengok beliau2 ni DiTV.Walaupun BEliau2 ni Berkecipung Dalam Dunia Hiburan panas,Namun Beliau Dapat MEngekalkan Image Bertudung tu.Respect Gila Ahh Same Dieorang ni.Jadi apa yang Kaum2 HAwa ni tunggu lagi?Fit Your Head Wit Jilbab,U will Feel more comfortable and Peace in Ur Heart BEbeh..huhu..So Itu Sahaja.Selamat Beramal dan renung2kan oK!.

    Saturday, July 2, 2011

    GEGAR BLOG JULAI 2011

    BEn AshAari nak Gegor Blogger pada awal Julai NI..!..Untuk Apa EK?yela Abg Bro Ni Bru jek Nek kan Blog Apakitanakkata ni Pada Bulan lepas dan ini Bulan kedua.Mana la Abg Tau Dier nak gegor macam Mana.hih..Kalau Korunk Nak Tau.SO,Join La Skali Ok..Click ajek Banner Dier kt BAwah NI haa..

    ..
    Blogger2 Semuanya Berkerja Sama ..hehe...
    SupportBloggering..hihi.
    nak Join Pun ley click kt sini ok..

    1st Giveaway by Cempaka Kuning



    Ni Give away Dari CK(CEMPAKA KUNING)..hihih.
    Saya Ditag Oleh ALySa..
    First Abg Bro Nak Puji Cempaka Kuning Punya Lagu Blog..hehe..Sedap dan amat tenang Sekali.
    Abg Bro Suka Dengar lagu Blog Dier..
    Blog Dier Simple Tapi Berisi sangat.Post2 Dier pun Tak Membosankan.Bagus,CEmpaka Kuning.
    Abg Bro Bkn Puji untuk Bodek,Tapi Abg Bro ikhlas Dari Hati ni..Yes..Korunk Yang Wat bLogger Walking Contohi la CEMPAKA KUNING ok!..
    Saya Tag
    ..
    =)..





    Friday, July 1, 2011

    Jennifer Fayed memeluk Islam Selepas Melihat Orang Islam Dilayan BURuK?


    Jennifer Fayed

    Jennifer (Sumayah) Fayed merasakan perkawinannya begitu hambar. Dia melihat suaminya tidak ada kesungguhan untuk mencari kerja, yang telah dinikahinya tiga tahun lalu. Dirinya disahkan hamil dan telah memiliki dua anak yang masih kecil.

    Jennifer, yang berusia 21 tahun, merenung jauh tujuan hidupnya di dunia ini. Perkara ini mengganggu fikirannya, “Pasti ada sebab mengapa saya di sini.”

    Kedua ibu bapanya baru saja berpindah ke Republik Dominican, sebuah negara kepulauan kecil di Carribean. Jennifer merasa sunyi meskipun mempunyai suami dan dua orang anak. Selama ini dia merasakan ibu bapanya lah yang menjadi sumber kekuatan hidupnya.

    Ketika dia sedang tidur, dia mendapat panggilan telefon dari ibu mertuanya yang berteriak “Ada pesawat terhempas di Manhattan.” Jennifer yang kebingungan bertanya, “Apa yang ibu cakapkan ini?” Dia membuka televisyen dan melihat menara kedua World Trade Center (WTC) telah dirempuh oleh pesawat.

    Detik yang membawa perubahan besar pada hidup Jennifer

    “Saya begitu terkejut! Siapa yang melakukannya, siapa yang sanggup melakukan perkara keji ini?” marah Jennifer. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. “Adakah ini mimpi?” Dia berharap ini hanyalah sebuah lakonan dan filem semata-mata.

    Dia baru saja mengunjungi WTC sehari sebelum tragedi ini berlaku. Dia percaya ini adalah bukti bahawa ajalnya belum sampai. Dia belum bersedia untuk mati kerana dia belum tahu tujuan hidupnya. Ini membuatkan Jennifer gelisah memikirkannya.

    Penduduk Manhattan dilanda ketakutan. Jennifer tidak tahu bahawa hari itu menjadi titk permulaan perubahan drastik yang akan terjadi di dalam hidupnya.

    Tidak lama setelah serangan 11 September, Jennifer berlepas menggunakan kapal terbang untuk melawat orang tuanya di Republik Dominica. Ketika itu usia kandungannya baru satu bulan. Suaminya telah mengetahui kehamilannya.

    Dia mencari jalan bagaimana hendak memberi tahu berita kehamilan ini kepada orang tuanya. Maklum saja, anak pertamanya adalah hasil hubungan luar nikah. Mereka berkahwin sekadar untuk menutup aib. "Tak apalah saya akan memikirkannya di sana nanti", katanya dalam hati.

    Jennifer berlepas menggunakan American Airlines dengan nombor penerbangan 587. Selepas tragedi 911, kawalan keselamatan di bandar dan lapangan terbang sangat ketat. Penumpang pesawat kelihatan sedang berdoa dan beberapa penumpang tidak henti-henti berdoa sepanjang penerbangan. “Saya ketawa di dalam hati. Jika kami akan mati, maka itu adalah takdir kami.”

    Dalam penerbangannya, Jennifer terus memikirkan kehamilannya. Dia sebenarnya tidak mahu kehamilan ini. Selain tidak dirangcang, jennifer juga sengsara untuk menanggung dua orang anak, apalagi kalau tiga.

    Sepanjang waktu bersama kedua ibu bapanya, Jennifer cuba memberitahu mereka tentang kehamilannya. Tetapi dia tidak sanggup melakukannya, takut untuk mengecewakan ibu bapanya.

    Jennifer tertekan akan kehamilannya (gambar hiasan)

    Disebabkan perkara itu, Jennifer memutuskan untuk melakukan pengguguran dan tidak perlu sesiapa tahu dirinya hamil. “Penyelesaian yang mudah,” fikirnya di dalam hati. Namun di sudut yang lain, sebagai seorang yang berasal dari keluarga Kristian yang taat, pengguguran di pandang sebagai perbuatan berdosa dan dilarang sama sekali.

    Beberapa lama selepas itu, jennifer kembali ke New York dari Republik Dominica dan membuat temujanji dengan klinik Planned Parenthood untuk melakukan pengguguran. Jennifer berharap agar dapat menggugurkan kandungannya hanya dengan memakan pil.

    Betapa kecewanya Jennifer bila mengetahui bahawa dirinya harus menjalani pengguguran penuh kerana tarikh tamat untuk melakukan pengguguran dengan memakan pil sudah terlewat satu minggu. Dia sangat tertekan. Dia berkata di dalam hati, "Oh Tuhan, mereka akan membuang bayi ini dari perut saya. Apa yang telah saya lakukan ini?” Jennifer tidak tahu adakah dia sanggup melalui semua ini.

    Jennifer berdoa kepada Tuhan untuk menolongnya. Namun tidak seperti sebelumnya, dia tidak menggunakan tasbih atau pergi ke gereja. Buat pertama kalinya, Jennifer berdoa kepada Tuhan tanpa melalui perantaraan. Jennifer merasa Tuhan harus menolongnya. Tuhan adalah tempat terakhirnya untuk berserah.

    “Saya menangis sambil terus memohon. Oh Tuhan tolonglah, saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya inginkan bayi ini, tetapi rumah tangga saya dalam masalah, dan kami tidak mempunyai wang untuk menanggung seorang lagi bayi ke dunia ini. Saya percaya sepenuhnya kepada Tuhan. Tolonglah, jika Tuhan menghendaki saya memiliki bayi ini, saya akan menerimanya. Dan, jika kehendak Tuhan untuk mengakhiri kehamilan ini, saya juga akan menerimanya.”

    “Saya serahkan perkara ini kepada Tuhan. Tuhan yang saya sembah dengan cara saya sendiri, bukan dengan cara yang diajarkan kepada saya. Tuhan yang bagi saya tidak mempunyai pendamping dan tidak mempunyai anak, hanya seperkara yang saya tahu bahawa tuhan yang telah menciptakan saya,” kata Jennifer. Dia kebuntuan memikirkan kehamilannya.

    Hari-hari berlalu, sedang Jennifer menonton televisyen, satu siaran berita menngganggu rancangan. “Oh tidak. serangan pengganas lagi,” katanya. Sebuah pesawat terhempas di New York, kali ini di kawasan Queen, daerah asal Jennifer. Dia khuatir ini adalah kerja pengganas. Jennifer terkejut mendengar nombor penerbangan dan destinasi pesawat tersebut. Pesawat American Airlines dengan nombor penerbangan 587 yang menuju ke Republik Dominica. Ya, pesawat yang dinaikinya minggu lalu. Tubuhnya terasa dingin setelah mendengarnya.

    Penerbangan 587 terhempas di Queen

    Jennifer terpaku. Dia membayangkan dirinya ada di dalam pesawat itu. Dia merasa ini adalah petanda dari Tuhan. Sudah 2 kali Jennifer begitu dekat dengan kematian. “Tuhan cuba memberitahu sesuatu.”

    Seminggu selepas doanya kepada Tuhan, Jennifer mula merasakan perutnya kembang. Kembang ini berbeza dengan situasi kehamilannya yang pertama. tetapi Jennifer tidak memperdulikannya kerana ini bukanlah masalah yang besar baginya.

    Tidak lama selepas itu, perutnya semakin kembang dengan teruk. Terjadinya pendarahan dan Jennifer amat takut. “Adakah saya keguguran?” Dia bergegas ke hospital dan menjalani pemeriksaan yang ketat.

    Keadaan bertambah baik dan Jennifer dibenarkan pulang ke rumah. Di rumah, Jennifer masih perlu berehat di tempat tidur. Ketika tidur, dia merasakan sakit yang amat sangat. Dia merasakan sesuatu keluar. “Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika itu. Saya pergi ke bilik mandi dan segumpal daging keluar.” Jennifer keguguran pada usia kehamilan mencecah dua bulan. Pihak hospital mengesahkan bahawa Jennifer telah keguguran. Padahal keesokan harinya, dia dijadualkan oleh Planned Parenthood untuk menjalani proses pengguguran iaitu pada 15 Oktober 2001.

    “Ini seolah-olah mimpi. Adakah ini keajaiban dari Tuhan? Adakah Tuhan menjawab doa saya. Saya merasa Tuhan ingin memberitahu saya bahawa kehidupan saya akan berubah. Akan berubah seperti apa? Saya tidak tahu. Yang saya tahu, saya harus menamatkan pengajian dan saya harus berpisah dengan suami yang tidak mempunyai cita-cita di dalam hidup.” Jennifer akhirnya memutuskan untuk bercerai dengan suaminya itu.

    Di kawasan tempat tinggalnya, New York, Jennifer menyaksikan muslim dilayan sangat buruk. Kelakuan ini adalah kesan selepas serangan 11 September. “Sungguh mengerikan. Saya menyaksikan orang mengelak berjalan di kakilima seberang jalan hanya kerana melihat adanya muslim di situ. Perniagaan kaum Muslim sepi. Tidak ada yang ingin membeli di kedai yang dimiliki oleh orang Muslim. Di jalan, orang-orang berteriak kepada muslim, baliklah ke negaramu, pengganas, Taliban!!”

    “Mengapa masyarakat melemparkan kata-kata ini kepada orang-orang yang tidak bersalah? Saya percaya orang yang melakukan serangan adalah orang yang kejam, tetapi kenapa hendak menyalahkan orang-orang yang tidak ada kaitan dengan serangan tersebut?”

    Dari sinilah muncul daya penarik terhadap umat Islam. Jennifer mula ingin mengetahui apa yang diyakini oleh Muslim. Semakin hari, semakin besar keinginannya untuk mengetahui mengenai umat Islam. Dia mengambil langkah mendaftar diri untuk mengikuti satu kursus di kampus. Di sana Jennifer telah bertemu Muslim dan menanyakan berbagai persoalan mengenai Islam. “Mengapa memakai jilbab? Siapa yang anda yakini? Siapa itu Muhammad?” Itulah soalan yang pernah ditanyakannya.

    “Sebilanganya dapat memberikan jawapan, namun sebahagian besar tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan saya. Kebanyakan wanita Muslim yang saya kenali tidak memakai jilbab dan mengatakan pemakaian ini hanyalah pilihan. Ada juga yang mengatakan mereka tidak memiliki pengetahuan yang dalam mengenai Islam.” Jennifer merasa tidak ada sesiapa yang mampu memberikannya jawapan yang memuaskan hatinya. Jennifer memutuskan untuk melayari internet untuk mencari jawapan. Dia banyak mengetahui tentang Islam melalui internet.

    “Saya tidak percaya bahawa Tuhan mengutuskan nabi lain selepas Jesus. Saya tahu Tuhan tidak akan menciptakan saya dan semua orang di dunia tanpa jawapan atas pertanyaan-pertanyaan kami. Mengapa kami di sini? Mengapa orang-orang selalu mengatakan Tuhan itu tritunggal (trinity), dan ini hanya menguatkan apa yang saya percaya sejak saya berusia 14 tahun bahawa Tuhan itu satu tanpa pendamping bukan seperti konsep triniti di dalam Kristian.”

    “Saya mencari kebenaran di atas semua pertanyaan saya dan Islam berjaya menjawab kesemuanya. Muhammad adalah nabi yang luar biasa. Beliau adalah nabi terakhir yang diutuskan Tuhan untuk menyampaikan pesanan terakhir-Nya kepada kita semua.”

    Jennifer memutuskan untuk mengenali lebih jauh tentang Nabi Muhammad. “Adakah beliau benar-benar manusia? Adakah beliau benar-benar wujud?” Jennifer terkejut apabila mengetahui bahawa Nabi Muhammad adalah manusia biasa. Bukan saja Muhammad adalah seorang nabi yang menyampaikan wahyu, namun seluruh hidupnya telah dikisahkan. “Saya sangat kagum dan takjub dengan perkara ini, inilah agama saya,” fikirnya. “Kepercayaan dan jalan hidup yang saya cari selama bertahun-tahun adalah Islam,” katanya.

    Jennifer mengikuti solat tarawih Ramadhan pada musim gugur 2002, walaupun ketika itu dia belum memeluk Islam. Ketika itu masjid penuh dengan jamaah. “Tidak seperti yang saya sangkakan sebelum ini, masjid hanya dihadiri satu bangsa. Kenyataan yang saya lihat, masjid dipenuhi dengan pelbagai bangsa. Mereka sangat akrab dan selalu memberikan salam Assalamualaikum,” Kata Jennifer terkenang waktu lalu. Ketika itu dia tidak tahu apa maksudnya salam. Dia hanya mengangguk malu.

    “Ketika melaksanakan solat. Ini adalah solat pertama saya seperti seorang Muslim,” katanya. Dia sebenarnya tidak tahu apa yang jemaah lain lakukan. Namun, seorang temannya mengatakan ‘ikut saja apa yang mereka lakukan’. Jadi Jennifer hanya ikut perbuatan jemaah lain.

    Jennifer terkumat-kamit meniru jamaah lain. Dia juga turut ikut bersujud, tanpa mengetahui maksud dan alasannya. “Saya menghayati pergerakan dan ketenteraman ketika solat. Saya kagum semua Muslim menghadap Kaabah pada setiap kali solat, walaupun dari mana mereka berasal. Berlainan sekali dengan Kristian, amat berlainan,” tegasnya.

    Di masjid itu, Jennifer memakai jilbab untuk menghormati para jamaah. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk memakai jilbab. Jadi, dia membeli dua helai selendang (scarf) untuk dipakai. “Saya merasa cantik dan selesa ketika memakai jilbab. Saya boleh berjalan di kawasan awam tanpa diganggu oleh lelaki-lelaki di sekitarnya. Saya juga tidak peduli jika ada yang memandang serong terhadap saya.”

    Pulang dari masjid pada hari itu, dia bertekad untuk terus memakai jilbab setiap masa. “Ada yang mengatakan bahawa saya tidak perlu memakai jilbab kerana saya bukanlah seorang Muslim. Saya hanya membalas ini adalah keputusan saya dan ini bukannya urusan mereka. Ketika memakai jilbab, ketenangan dapat dirasai, perasaan yang selesa di dalam hati, bahawa saya telah mengikut perintah Tuhan. Saya tidak peduli terhadap pandangan dan komen negatif dari orang lain.”

    Jennifer merasakan belum cukup dengan sekadar berjilbab. Dia pun ikut berpuasa dalam beberapa hari di bulan Ramadan. Dia berfikir bagaimana untuk berterus terang kepada orang tuanya mengenai perubahan dirinya.

    Ketika ibu bapanya datang ke New York dari Republik Dominica, Jennifer dalam keadaan untuk mempertimbangkan memeluk Islam. “Tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu keluarga saya, terutama ibu saya kerana dia sangat sensetif terhadap perubahan diri saya. Ketika itu saya telah biasa memakai jilbab, jadi saya tidak akan membuang jilbab hanya kerana memikirkan perasaan ibu saya, kerana kewajiban saya adalah kepada Allah, barulah kepada orang tua,” kata Jennifer.

    Sebagai langkah awal, Jennifer memberitahu adiknya, Catherine, yang lima tahun lebih muda darinya. Jennifer ingin melihat reaksi Catherine, yang mungkin akan sama dengan reaksi orang tuanya. Jennifer memanggil Catherine dan berkata, “Catherine, saya telah lakukan sesuatu.”

    Adiknya tidak terkejut. Ini disebabkan perangai Jennifer yang sering melakukan perkara yang diluar jangkaan. “Apa yang kamu lakukan kali ini Jennifer?”

    Jennifer memberitahu bahawa dirinya sedang mempertimbangkan untuk memeluk agama Islam, dan dia kini telah memakai jilbab. Catherine tertawa kuat. Adiknya mengatakan kini saya benar-benar telah ‘melakukannya’ dan orang tua kami akan ‘membunuh’ saya. Adiknya juga seolah-olah tidak percaya bahawa saya tergolong dalam golongan teroris itu.”

    Catherine menyambung lagi, “Kamu kakak saya dan saya amat sayangkan kamu. Saya tidak peduli kamu memeluk agama apa pun.” “Dia juga mengatakan bahawa orang tua kami akan mengamuk,” ujar Jennifer. Tidak terhenti di situ, Catherine segera menyambung perbualannya “Jangan beritahu ayah dan ibu tanpa saya ada di sana, sebab saya boleh ketawakan kamu.” Jennifer tahu adiknya hanya bergurau.

    Jennifer akhirnya memberanikan diri untuk memberitahu orang tuanya. “Ayah saya boleh menerimanya. Saya beranggapan kebanyakan lelaki dapat menerimanya.”

    Namun berlainan dengan ibunya, ibunya sangat marah dan terperanjat. “Dia terus meyakinkan saya bahawa saya telah tersalah langkah dan Islam bukan agama yang betul. Satu perkara yang yang paling membebankannya adalah saya wajib memakai jilbab.”

    Ibunya mengambil masa selama 2 minggu untuk bertenang. “Tidak lama selepas itu, mereka ahirnya boleh menerima perubahan saya. Bagaimanapun ibu saya percaya ini hanyalah sementara dan saya akan kembali kepada Kristian,” kata Jennifer. Seminggu selepas itu, Jennifer akhirnya memutuskan untuk mengucap dua kalimah syahadat.

    Hari yang ditunggu, Jennifer bangun pagi dengan perasaan bersemangat. Ini adalah harinya, hari dimana dia akan mengucapkan dua kalimah syahadat. Jennifer bersiap-siap dan memandu kereta ke masjid untuk mengucapkan  syahadat.

    Di masjid, dia menemui imam dan mengatakan hasratnya untuk memeluk Islam. Imam melihatnya dengan senyuman dan bertanya “Anda yakin ini yang benar-benar anda mahukan?” Dengan semangat Jennifer menjawab “Ya, ya, ini adalah keputusan saya.”

    “Pada hari itu, disaksikan seluruh saudara seiman, lelaki dan perempuan, bersama-sama menyaksikan saya memeluk Islam,” kata Jennifer. “Hari itu, begitu ramai orang mengucap salam dan bertanyakan kepada saya jika saya memerlukan apa-apa bantuan, mereka akan membantu saya. Saya begitu terharu dan beruntung. Di sini lah saya akan bersama keluarga baru, sebuah keluarga yang datangnya dari seluruh pelusuk bumi.”

    “Pada malam Jumaat itu saya tidur sebagai seorang Muslim, saya mengalami mimpi yang indah. Saya berada di sebuah lembah yang dipenuhi rumput yang hijau dan indah. Bukitannya begitu indah, tidak pernah saya lihat sepanjang hidup ini. Saya berjalan di sana dan menuju ke arah seorang lelaki yang berpakaian putih. Dia juga berjalan ke arah saya. Wajahnya samar, tidak sama dengan wajah manusia yang sebenarnya, namun terang seperti matahari. Saya dapat merasakan ketenangan. Dia memegang tangan saya dan kami berjalan bersama ke arah sebuah batu yang besar. Di batu itu dia duduk dan saya duduk di rumput. Dia kemudian berkata kepada saya ‘Selamat datang ke Islam’.”

    Ketika terbangun, Jennifer merasakan perasaan yang begitu indah di dalam hatinya. “Saya fikir inilah Rasulullah. Dia datang untuk menyambut saya masuk Islam. Tetapi saya mendapati bahawa itu bukanlah Nabi Muhammad, tetapi itu adalah malaikat Allah, kerana malaikat tidak memiliki wajah manusia, namun wajahnya samar.”

    Jennifer merasakan dirinya sangat istimewa semenjak hari itu. “Seorang malaikat, malaikat Allah datang untuk menyambut saya kepada agama Allah, agama saya. Agama yang begitu saya inginkan sejak kecil. Islam adalah agama yang sebenarnya.”

    Jennifer Fayed kini menjadi penulis yang telah menetap di Carolina Utara, AS. Penulisannya telah memberikan inspirasi kepada orang ramai. Jennifer memiliki sarjana di bidang pemasaran, dan anggota aktif Muslimah Writers Alliance..

      

    Cerita Ini Diambil Dari Sebuah Blog : http://zharifalimin.blogspot.com.Mohon Sahre Ye,Sbb Abg Bro Bace Story ni Dan Terpikir Sejenak.Kita Yang Dilahirkan Sebagai Umat Islam Amat Bertuah Dan Beruntung,tetapi ramai yang tidak bersyukur akan Hakikat ini.Namun,Orang Kafir Pun Berfikiran bersih sampai Mereka Memeluk Islam.Sebab apa?.Sebab Kita yang Tergolong dalam Golongan  A'si(Tahu perkara tersebut haram atau berdosa tetapi Tetap Melakukanya) ini , hanya mahukan Kesenangan Dunia Semata-mata.Akhirat Dilupakan Dan Akhirnya.Ni Makan Dia..haaa..huh..

    P/s: SubhaNAllah..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...